Friday 15 July 2011

Medan, Indonesia

Musafir di Medan, Indonesia

Untuk mereka yg nak cuti-cuti ke Medan, Indonesia... leh tengok-tengok ni dulu... Fikir2 sebelum beli tiket Air Asia.. Medan ni pada aku biasa jek.... Yang terkenal tempat tarikan cuma Tasik Danau Toba.  Tempat2 lain cam biasa jek, tempat beli barang2 perempuan... tudung ker telekung ker tu jek...

Nie kat Brastagi - ada Gunung Sibayak - tempat ni sejuk

Zoom cikit.. hehee.. 70mm - 200mm Tamron lens... berat, tak larat aku... Gunung ni rasanya dah meletup hari tu dlm Bulan Ogos 2010 kot . Sekarang tak tahu laa kawasan ni dah cam mana...

View kat area Brastagi.. kebanyakkannya kawasan pertanian..


Ok... Mari kita pergi pulak ke daerah Parapat. Kat sini tengok view Lake Toba. Tasik ciptaan Allah.. Allahuakbar... besar sungguh tasik ni.. org sini kata terlalu dalam.. dah macam laut.
Tu dia tasiknya Lake Toba.....
 
 Cuba tengok saiz sampan ni.. nampak kecik sangat dengan tasik tu..

Kat area Parapat ni, kitaorg duduk semalam kat hotel Patra Jasa, Parapat.  Scary hotel ni sebab cuma ada 3 bilik jek yg berpenghuni masa aku check in.. tapi view cunnn.. sebab depan Lake Toba.  Keadaan hotel agak usang.. tapi aku suka nasi goreng ayam dia -  Sedap!
Pagi2 duduk tunggu breakfast sambil tgk keindahan panorama ciptaan Allah. Allahhuakbar..


Kat area Parapat ni ada perkampungan orang Batak.  Nak pergi kat situ kena naik bot melalui Lake Toba... Ni dia bot tu...


Masa bot bejalan, boleh tengok la permandangan dari dekat kat tengah2 tasik tu...


Kat tengah2 Tasik Danau Toba ni ada pulau dan kat pulau tu ada resort. Ada berani tinggal kat resort ni??? hehe... sebab Tasik Danau Toba ni sebenarnya kawah gunung berapi..
Orang tempatan cakap.. pada tahun berapa entahh, aku dah lupa.. tiba2 jek beribu2 ikan mati kat tasik ni sebab dasar tasik ni keluarkan haba panas... heheee.. tak berani aku tinggal kat tengah2 ni...

Sekarang dah tiba kawasan org batak.  Ada kedai jual-jual souvenir. Kedai2 org batak ni satu jek kitaorg tak berkenan.. perangai dia kalau kita tanya2 harga lepas tu tak jadi beli.. diaorg cam marah sikit.. Kitaorang kena - "Abang ni kedekut laaa".. huhuhuhu... dia cakap kat aku cam tu... Nie dia kawasan jual2 kat perkampungan orang batak.


Tempat orang batak hukum pesalah, lepas dia seksa org, dia gigit2 daging org tu, tapi tak makan...

Tu jer laa buat masa ni... nanti sambung lagi.. so, kalo sesiapa nak ke Medan.. fikir-fikir laa... :-)

1 comment: